About Me

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
As you know my name is Siti Nur Nadzirah..Can juz call me Ziera or miss merah..hehe...I'm juz a simple and a normal girl..x cerewet orgnye..but,ade la sikit sikap pemalas tue..juz certain things jer..But if nk hang out no hal la..Aku nie suke berkawan..cewahhh!! I like to make frenz..I am friendly,but actually I don't you guyz follow me and from there you can know me much better..I'm already 21..And I'm from Kajang,Selangor..Ilove red! You hate it? so? what do I care?? Hehe! My ALL time favourite RED!! I love it b'coz it's REALLTY unique, funky and it's juz really classy and suits everybody...

Saturday, July 9, 2011

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan

Saturday, April 9, 2011

Cetak T-shirt Sendiri!!! wah menariknya

CetakT-shirt sendiri selain anda membersihkan rumah anda boleh menjadikan masa anda lebih berharga! Anda mungkin akan terkejut untuk mengetahui bahawa anda mungkin mempunyai semua yang anda perlukan untuk mencetak sendiri t-shirt di rumah semudah ABC.

Kelengkapan:
1. Besi
2. Broken Krayon
3. Kertas lilin
4. Kertas putih
5. Seterika
6. Kain
7. T-shirt putih

Petunjuk:
1. Ambil T-shirt (tidak semestinya baru) dan meletakannya secara mendatar di meja seterika.
Masukkan sehelai kertas putih bersih antara lapisan dari T-shirt.
2. Gunakan krayon untuk membuat design di t-shirt anda.
3. Setelah selesai menggambar sapukan kertas lilin di atas design anda.
4. Letakkan tuala di atas kertas lilin.
Minta rakan untuk menggunakan seterika pada kepanasan rendah untuk memanaskan medium untuk mencairkan krayon ke tempatnya. Kemudian buang tuala dan kertas wax untuk melihat ciptaan baru anda!

Nota: Setelah melelehkan warna krayon ke dalam T-shirt, lilin biasanya akan di bersihkan,tetapi warnanya akan kekal untuk satu jangka waktu yang lama..CANGGEHHH!!!

Saturday, February 19, 2011

Best tengok citer hantu kt wayang


Di blog ni takder hantu..tapikan di wayang sekarang tengah tayang citer ni..memang sangat bestttttt!!..memula nak tengok tu duk pikir gak 5-6 kali..nak tengok tak nak nak tengok tak nak...mayb sebab filem ni tak banyak promotion atau mayb sebab tak ada nama2 pelakon best.. kecuali adala 2-3 org yg memegang watak sementara dalam filem nih... sebab citer ni mcm syampoo 3 in 1..hehehe..banyak2 citer hantu digabungkan dalam satu filem... sgt lawak dan sangat best..ada time tu rasa takot, tp ada ketika tu penuh gamat panggung dengan gelak ketawa melihat adegan lucu dalam pilem ni.Menerusi Sini Ada Hantu, penonton dapat menyaksikan tiga kisah hantu yang popular di negara kita iaitu Hantu Pokok Pisang, Hantu Nombor Ekor dan Hantu Jepun.Walaupun filem ini diterajui oleh nama-nama yang agak kurang popular, namun filem ini berjaya membawa unsur seram dan komedi dengan baik sekaligus membuatkan penonton yang datang melihatnya berpuas hati...tontonler... tak kenal maka xcinta...
Sinopsis

Sini Ada Hantu bermula apabila dua orang pemandu van, Ah Meng dan Bakri yang telah ditugaskan pada saat akhir menghantar mayat datuk kepada majikan mereka di sebuah kampung di mana mereka perlu sampai ke destinasi keesokan paginya. Pada mulanya mereka menolak tapi apabila ditawarkan dengan upah yang lumayan mereka bersetuju.
Semasa dalam perjalanan, radio van tidak berfungsi bagi menghilangkan kebosanan dan rasa mengantuk, mereka berdua bercerita tentang kisah seram yang pernah mereka dengar. Bakri memulakan kisahnya ‘Hantu Pokok Pisang’… kisah wanita cantik yang menjelma dari pokok pisang.Fasha Sandha jadi hantu pokok pisang... 
wajah Fasha Sandha yang disolek jadi hantu..cantikkan??hehehe
Ah Meng mentertawakan Bakri dan mengatakan hantu melayu tak logik, Ah Meng mula menceritakan kehebatan hantu Cina pula iaitu ‘Hantu Nombor Ekor’ di mana kisah empat lelaki yang mengalami masalah kewangan lalu memuja roh untuk memberikan pertolongan dengan memberi nombor ekor.
seram betul part hantu cina neh..huhuhuh
Apabila Ah Meng habis bercerita, Bakri memberitahu Ah Meng cerita hantu cina lagi tak logik. Bakri memberitahu Ah Meng yang dia mempunyai cerita lain, tapi kali ini cerita ini mengisahkan hantu dari luar negera. Ah Meng mula bercerita tentang seorang pelajar, Yakob yang dipindahkan ke sekolah baru kerana masalah disiplin.
Yakob kemudian mendapati mereka semua takut pergi ke tandas di waktu malam kerana dipercayai tempat tersebut pernah dijadikan pangkalan tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Jelmaan hantu Jepun sering berkeliaran pada waktu malam.
Ketika Ah Meng ingin menceritakan kisah hantu yang lain, van mereka yang melalui ladang kelapa sawit yang gelap-gelita itu tiba-tiba rosak. Ah Meng terpaksa mencari bantuan, sementara Bakri menunggu keranda tersebut. Apabila Ah Meng kembali ke van tanpa bantuan yang sepatutnya, sesuatu telah berlaku...
Apa yang terjadi pada Ah Meng dan Bakri? Berjayakah mereka menyelesaikan tugas mereka? Jangan ketinggalan menonton Sini Ada Hantu yang ditayangkan di 54 pawagam seluruh negara bermula 10 Febuari 2011.

p/s: best!!!..selamat menonton..

Friday, February 18, 2011

Kiss The Rain - Yiruma (Sweet Touching Music)


Andai kata aku berhenti tersenyum kepadamu,
andai kata aku berhenti mengalunkan muzik ini setiap malam,
andai kata aku tidak lagi menulis nota2 cinta kita di dalam diari,
maka kau ampunilah aku...
kerana hati ini bukan lagi
MILIKMU....

Saturday, February 12, 2011

Jantan bengong anta msg..!!

awk , bls apa yg sye tnye nie ye .(jantan 2 tlis)
  1. awk sayang saya x ?
  2. awk rndu saya x ?
  3. ape perasaan awk kt saya ?
  4. awk dh ad bf ?
  5. awk dh lpekn saya ke ?


awk reply... sye mohon sgt .(pegi mampos la kau jantan .)

nie aku reply msg ko jantan...

  1. wt ape nk sayang ko . grrr ! shit betol ! ko spe dlm idop aku  !!
  2. ape kejadah aku nk wndu owg cm kaw ! bek aku wndu laki aku !
  3. telur ayam ! maaf , xde prasaan langsung ngn kau jntn ! ati aku ngn laki aku jer...
  4. owhh, da ade... ko nk mintak kaki dy ke ? ko kn berok kelaparn ?
  5. yes!!! jgn muncul dlm idop aku ag ! aku dh lme lpekan ko la . dush dush ! berambus ! aku bhagia ngn laki aku...

hahahahaha.... aku ade laki ke..??? aku belom kwin lg laa...
jantan mne la yang anta msg kt aku cm 2...

Drawing on The Lake KUIS


 
 
 





 

~My Bestfriends~

Ari nie aku nak tulis tentang Besfriends pulak,mesti kowg yang tengah bace nie pn ade besfriends kan ?..So hargailah kawan baik korang..tak kire la sama ade senang atau susah yer...

Asma, Ziera, Dieyla
Maahad Saniah, Pasir Puteh Kelantan

Bukannya senang nak cari kawan yang baik.Bukan senang juga nak jadi kawan yang baik.Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Ziera, Jannah, Zue, Yesy, Alia, Ummu
SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang Selangor

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya.Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya. Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Ziera, Fieza, Qiela, Eycha, Nurul, Ecah
Selangor International Islamic University College, Bangi Selangor

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya. Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya. Kawan yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya. Dan kalau kita hendak mendapat kawan baik yang baik, kita mestilah terlebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Dan semoga kita menjadi kawan baik yang sangat baik!